Bahan-bahan: (30 biji donut saiz sederhana)
3 cawan - tepung gandum (superfine)
1 peket - mauripan #
1 cawan - air suam #
½ cawan - susu tin krimer manis #
1 biji - kentang saiz kecil (direbus & dilenyek)
2 sudu makan - marjerin
3 sudu besar - tepung susu
2 sudu besar - gula pasir
Cara-cara:
1. Masukkan tepung ke dalam dulang untuk uli.
2. Blender bahan bertanda #. rehatkan selama 5 minit sehingga campuran berbuih. (yis aktif)
3. Masukkan tepung susu, diikuti kentang lenyek, gula dan akhir sekali marjerin. Kisar selama 7 saat.
4. Segera tuang semua bahan blender ke dalam tepung. Dan terus uli sehingga sisa tepung tidak lagi melekat di jari dan doh terasa gebu/ringan. Uli selama 15 minit. Taburkan sedikit tepung jika adunan terlalu lembik. Rehatkan doh selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Terap adunan mengikut acuan donut setebal ½ inci. Pastikan doh/acuan/tempat menggelek ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
6. Letakkan terapan donut di atas loyang yg dialas sedikit tepung. Biarkan donut naik 2 kali ganda (30 minit)
7. Di atas dapur, panaskan minyak dengan api kecil, goreng donut sehingga kuning keemasan. (jangan hangus) toskan donut di atas dulang berlapik tisu dapur.
8. Setelah sejuk, donut sedia untuk disalut dengan gula caster atau sebarang toping coklat untuk lebih kreativiti.
Tip-tip semasa proses membuat donut:
a) Sila patuhi tertib bahan semasa proses blender.
b) Untuk mengelakkan yis mati, jangan guna air panas atau yis terkena garam atau marjerin.
c) Semasa menggoreng, pastikan api sentiasa kecil kerana jika minyak terlalu panas, donut akan hangus. Proses menggoreng kedua-dua belah permukaan donut sangat singkat dan cepat.
No comments:
Post a Comment